::: welcome to benzubir's blog :::

..respect others as you do to yourself..

Friday, October 10, 2008

:: kebahagiaan ::

..kebahagian manusia ada bila seseorang itu boleh membuka mata hatinya,dan menyedari bahawa dia memiliki banyak hal yang bermakna dan menyedari betapa dia dicintai..manusia mampu bahagia,bila dia mahu membuka diri agar orang lain boleh mencintainya dengan tulus..kebahagian manusia tidak dapat hadir kerana tidak mahu membuka hati dan berusaha meraih apa yang tidak dapat diraih,terlalu memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri apa yang dia miliki..keegoan manusia yang menyebabkannya menjadi buta, keegoan dan hanya memikirkan diri sendiri yang menyebabkan manusia tidak sedar bahawa ia begitu dicintai,tidak sedar bahawa saat ini,apa yang ada adalah baik untuknya..begitu banyak sahabat yang begitu mencintai,tapi kerana terlalu memilih,menilai dan menghakimi sendiri.. menyebabkan sahabat sejati menjadi semakin jauh.. terlalu memilih sahabat membuatkan manusia tidak dapat menyedari di depan mata ada sahabat sejati yang diperlukannya..setiap manusia mempunyai peranan masing-masing, dan semuanya berbeza..tidak ada yang memiliki erti yang sama persis punya peranan dan kelebihan disatu hal,tidak semestinya memiliki peranan dan erti dalam hal lain..dicintai oleh seorang belum tentu disayang oleh orang lain..kebahagiaan bersumber dari dalam diri sendiri, jangan berharap dari diri manusia lain,kerana orang lain akan dapat mengkhianati..kebahagiaan ada bila bisa menerima diri apa adanya,mencintai dan menghargai diri sendiri,mahu mencintai dan menerima manusia lain..percaya kepada Allah..bersyukur bahawa manusia selalu diberikan yangterbaik..sesuai yang diperbuat manusia itu sendiri, tak perlu berkeras hati,Allah akan memberi di saat yang tepat apa yang diperlukan oleh hambaNya,tidak harus saat ini,masih ada esok hari..lumrahnya,manusia yang mendapat dugaan dan kesusahan adalah jalan untuk dapat melihat kebahagiaan..oleh itu,

"menikmati kebahagiaan dalam kesusahaan hati"

No comments: