::: welcome to benzubir's blog :::

..respect others as you do to yourself..

Tuesday, March 31, 2009

:: kupanjatkan doa kepadaMu ::

..ini adalah antara ayat-ayat yang pernah kubaca di dalam Quraan.."wahai Tuhan kami!Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan,dan kami mengikuti Rasul-Mu.oleh itu masukkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaan-Mu dan kebenaran Rasul-Mu); (Ali-Imran: 53).

pernah aku diceritakan bahawa Ibn Jarir mengatakan apabila Nabi Isa a.s. dikepung bersama 19 pengikutnya daripada kalangan al-Hawariyyin di Baitul Maqdis, Nabi Isa telah berkata kepada pengikutnya: “siapakah yang akan mengambil wajahnya untuk dibunuh oleh musuh. Sebagai balasannya, Allah akan memberikan kepadanya syurga.” maka seorang daripada mereka menerimanya lalu Allah mengangkat Nabi Isa ke langit (tafsir Ibn Jarir, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).“masukkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi” bermaksud bersama Nabi Muhammad SAW dan umat baginda (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-‘Imran).jika Nabi Isa .a.s. yang mulai memohon tersenarai sebagai umat Nabi Muhammad SAW, alangkah malunya kita jika tidak memohon mendapatkan kemuliaan itu.

sama-samalah kita amalkan membaca doa ini untuk dibangkitkan dalam rombongan Nabi Muhammad SAW pada hari akhirat kelak. antara kelebihannya ialah jika diucapkan selepas solat sebelum berkata-kata dengan sesiapa, maka Allah SWT akan memasukkannya dalam doa setiap makhluk-Nya di lautan dan daratan (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).amin..

No comments: